Bila dengar lagu ni mulalah cerita lama-lama
atau kenangan tahun sebelum nie terutama paling segar tahun lepas la,
tahun SPM mula lah gegeh gegeh melompat-lompat nak keluar...
Sebenarnya lagu ni untuk mencari teman, tapi bila Miss A dengar, muka muka kawan kawan Miss A terlambai lambai dalam kotak fikiran ni..
Tak sangup Miss A nak sambung ayat, sebab air mata ni dah berenang renang dalam kelopak mata...
Ayat Miss A dah mula merapu... Sorry for that..
Dulu sekolah itu yang aku tak sanggup pergi,
tapi kini aku perginya hari-hari,
Dulu aku ada rasa benci,
kini aku ada perasaan rindu...
Dulu aku tak punya perasaan,
hari ini aku menangis kerinduan..
Dulu aku tercari cari kawan,
rupanya sudah ada dihadapan,
Sejujurnya dekat tiga puluh minit jugak la terhenti tulis sebab duk layan nanges naseb baek la tak terapung taman Miss A ni dengan air mata...
dalam banyak banyak kawan yang Miss A rindukan sangat iaitu Liya Ana.
ini lah yang Miss A message kat Liya Ana, harap harap dia baca lah...
Liyana, kalau ang nak rasa feel aku tulis surat ni ang dengar la lagu SEBUAH PERTEMUAN-UNIC....
Aku tak tahu kenapa aku terlalu rindukan ang, aku rasa nak peluk ang sangat sangat.. Masa kat PRINT dan masa aku peluk ang dan aku tak sangka aku boleh menanges.. Dan dalam banyak banyak kawan, aku rasa aku terlalu rindukan ang, tapi kenapa aku rasa terlalu jauh dengan ang??, aku terpaksa bagitau sebab aku tak sanggup simpan perasaan rindu kat ang.. Percaya atau tak, salah satu sebab aku nk g mesir adalah sebab ang, aku rasa tak nak jauh dengan ang... Dan buat kali terakhir aku pergi rumah ang, walaupun sekejap aku rasa puas hati sebab dapat bersama dengan ang saja... dan aku nak bagitau kat ang, yang aku betul betul tengah menangis.. Liyana, kalau selama ini aku memang ada salah dengan ang aku minta maaf dekat ang ya... Aku tak tahu macam mana lagi nk bagitau kat ang, yang aku rindu ang sangat... Walaupun kita tak dah lah sebelum ni rapat, tapi antara kawan yang paling lama aku kenal antaranya adalah ang, dah 11 tahun aku bersekolah dengan ang, dengan ang musuh pun pernah, kawan pun pernah... dan satu sahaja yang aku harapkan, ang sayang dan rindukan aku gak.."
"Liyana, mungkin masa sekolah aku kabur menilai kawan yang aku sayang tapi apabila dipisahkan, dan apabila perasaan rindu hadir, akhirnya aku tahu ang la yg selama ini sahabat yang aku sayang dan bukan maksud aku tak sayang yg lain cuma terlebih rasa sayang tu kat ang.. Tak sanggup aku terima hakikat yang kita ni sudah dipisahkan oleh masa dan hanya menjadi nostalgia.. Liyana, aku tak rasa malu untuk aku mengaku yang aku rindu dekat ang, walaupun ang mungkin sayang kawan yg lain, tapi aku akan tetap sayangkan ang Liyana.. Walaupun ini hanya tulisan, tapi ia boleh jadi bukti diakhirat yang aku sayang ang kerana Allah.. Aku sebenarnya tak sanggup nak bagitau sebab aku takut, aku takut ia akan hilang macam tu sahaja seperti sahabat lain yang pernah aku sayang...
Mungkin aku terlalu sayangkan mereka, kini aku sudah mula membenci...
dan ang pulak mungkin dulu terlalu aku bencikan ang, dan sekarang, aku terlalu sayangkan ang..."
Surat yang ikhlas dari hati...
Tak sangka dalam banyak banyak kawan, Allah campakkan rasa rindu
itu pada seorang insan yang bergelar sahabat dan sahabat itu adalah Nurul Liyana....
0 cUp caKe:
Post a Comment