Online Diary ..: IMY Sahabat =)

18 January 2012

IMY Sahabat =)


Hari nieee Miss A nak berpuitis secara spontan..
sebab hari ni miss A rasa sayu sangat...








Seandainya aku menyusun seribu puitis rindu 
Seandainya aku tafsir erti rindu 
Seandainya aku cari maksud rindu 
Seandainya aku katakan rindu

Adakah kau tahu erti RINDU aku padamu wahai sahabatku....

Aku mencari kesana kemari untuk ku cari idea
bagaimana hendak aku luahkan perkataan rindu
yang serupa dengan perasan ku.

Aku tercari cari perumpamaan yang indah yang dapat 
menafsirkan maksud RINDU.

Aku Hanya lakukan ini kerana Akuu ingin kau tahu aku merindui kamu wahai sahabatku.

Mungkin kau bukan sahabat pertama
mugkin juga kau bukan sahabat terakhir
percayalah, bahawa kau pernah menjadi sahabatku.

Seandainya dihadapan ada seribu kawan,
aku pasti akan kembali untuk sahabat yang satu..

Rindu ku tak sanggup ku samakan dengan apa pun
kerana sama sekali tidak sama.

bila kita dipertemukan perasaan sayang hadir
bila kita dipisahkan perasaan rindu yang menjelma.

Tiada siapa yang inginkan perpisahan 
namun kita harus harunginya kerana 
kita sudah dipertemukan.........

Wahai sahabat atau pelangi ana =)

I MISS YOU DEAR..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 cUp caKe:

Post a Comment