Orang selalu kata..
bunga bukan sekuntum,
kumbang bukannya seekor.
tapi zaman sekarang,
banyak bunga yang dah layu,
banyak pula kumbang perosak,
aduh! bagaimana bunga yang solehah dilindung,
aduh! bagaima kumbang yang soleh dibendung.
bunga yang terbaik selalu ditempat tinggi,
hanya kumbang yang berani,
akan terbang tinggi,
untuk mendapatkan si puteri.
kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah dipijak,
kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah rosak.
Seharusnya kita memelihara diri sendiri,
Janji Tuhan pasti terbukti,
yang terbaik pasti datang kemari,
jangan risau wahai putera puteri..
Marilah berdoa agar kita terpelihara,
dari anasir yang berbisa,
yang boleh menodakan maruah kita,
yang boleh menjatuhkan air muka keluarga.
Aku tak sangka...
kerana aku sudah jatuh cinta..
dan paling membuatkan ku tak sangka..
aku sudah jatuh cinta..
Sedangkan kita hanya teman..
sejak dari dulu zaman..
Namun bilakah dan bagaimana hadir perasaan..
Aku tak sangka...
kerana aku sudah jatuh cinta..
dan paling membuatkan ku tak sangka..
aku sudah jatuh cinta..
Sedangkan kita tak pernah cerita perasaan cinta,
dan masing-masing ceritakan pasangan kita
terutamanya kau yang sangat bahagia...
tetapi mengapa aku seorang punya rasa cinta?
Aku fikir kau baik dengan ku...
rupanya kau memang baik dengan kaumku...
dan kau lagi mesra dengan pasanganmu
dan aku tidak cemburu malah aku makin rindu..
Aku tak sangka mengapa aku cinta
orang yang tak punya rasa cinta
dan paling ku tak sangka
mengapa engkau yang ku cinta
Aku malu kerana ku pernah mengaku sayangku..
sedangkan kau hanya ketawa padaku
aku malu kerana ku pernah mengaku kerinduanku..
malah kau persendakan ku..
Sedangkan kau pernah mengaku
dahulu kau juga pernah ada perasaan itu
tetapi sekarang sudah tiada itu
dan aku semakin malu
malu kerana di reject sebegitu.
Kini aku hanya mahukan satu
iaitu aku ingin melupakanmu..
ingin sekali aku melupakanmu
melupakan orang yang tak hargai perasaanku...
Dan aku berazam lagi..
tidak akan aku jatuh cinta lagi..
++nma Alisya Sephia++ 18teen++ just call lyea++ hapening++
slalu syum++ syunk my self, my fmily and ehem..nd really hate 4 any one hate me.. never care 4 annoying person..++