Online Diary ..: Kumbang dan Bunga

23 February 2012

Kumbang dan Bunga

 
Orang selalu kata..
bunga bukan sekuntum,
kumbang bukannya seekor.

tapi zaman sekarang,
banyak bunga yang dah layu,
banyak pula kumbang perosak,
aduh! bagaimana bunga yang solehah dilindung,
aduh! bagaima kumbang yang soleh dibendung.

bunga yang terbaik selalu ditempat tinggi,
hanya kumbang yang berani,
akan terbang tinggi,
untuk mendapatkan si puteri.

kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah dipijak,
kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah rosak.


Seharusnya kita memelihara diri sendiri,
Janji Tuhan pasti terbukti,
yang terbaik pasti datang kemari,
jangan risau wahai putera puteri..

Marilah berdoa agar kita terpelihara,
dari anasir yang berbisa,
yang boleh menodakan maruah kita,
yang boleh menjatuhkan air muka keluarga.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 cUp caKe:

Post a Comment