Online Diary ..

27 March 2012

KENA GIGIT DENGAN M


 jom K L I K ni SINI

haisssyhh... 
awat la hari ni duk nak terkenang cita kanak kanak ni.. Tak dah la,
maybe sebab tadi masa  tengok adik Miss A duk kat mak ngasuh dia lah kut...

Mula la teringat dkat ibu ngasuh Miss A
 masa Miss A berapa taun tak tau la sebab dah lama so tak ingat...

Ni la cerita cerita zaman nakal nakal dulu atau masa zaman pondok pondok..
Sekarang tak bole la duk main pondok pondok dah,

kang tak pasal pasal keluar 
anak pondok pulak <== bak kata ustaz azhar idrus..

ada satu cita yang sedeh buat Miss A tapi kelakar 
 buat yg terbaca <== tak tau la lawak ke tak..

dulu, kat rumah Mak Ngah Ngasuh ni, Miss A panggil dia Mak Ngah.. 
Pak Ngah ni ( suaminya) ada bela seekor kera<== adik beradik monyet sepupu monkey.. Jadi budak budak nakal tapi bijak ni termasuk la Miss A pergi la *sergah* (duk main cak cak) dengan kera ni, mentang mentang la kera ni kena ikat kat pokok *nyok*(kelapa).

Lepas tu.. ==> Kami semua lari la lepas kera tu kononnya nak kejar kami, Miss A pun lari la dengan rakan rakan seperjuangan dalam menyergah kera ni, lari lari dan terus berlari, tiba tiba, selipar Miss A terkeluar dan betul betul depan si kera yg handsome tu... Apa yg ditunggu lagi, 
Miss A pun nak pergi ambik la, <== buat berani!.. 




Miss Apun pergi ambik, TIBA TIBA, kera tu lari lebih pantas dari Miss A lalu dia gigit dengan giginya di peha Miss A dan dia *heret* (tarik) Miss A sampai kat pokok kelapa dan Miss A pun tendang dia dengan berani, lepas tu Mak Ngah tu ambil penyapu dan pukul dia, baru dia lepas Miss A.. So, apa lagi? budak kecik dan air mata ni sudah biasa dan oleh itu, Miss A pun nanges la...  Lepas Mak ngah bgtau kat Mak Miss A, kami pun pergi la klinik, kena suntik sebab nak buang bisa sebab air liur monyet tu bisa atau kuman la senang cita...

Amacam? adventure tak Miss A  kecik kecik dulu?? 
Ni baru sikit je nie.. <== alahai perasannya lah dia ni...

So korang budak budak yang comel kalau ada cita cita yg kelakar boleh la buat entry ke apa ke cita kat orang...

boleh share share pengalaman cerita kanak kanak yg happy or sadden........



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

19 March 2012

SURAT BUAT LIYANA

Sambil create post ni dan ditemani lagu Sebuah Petemuan dari UNIC, rasanya Miss A lagu ni dah lama, tapi biasalah dah lama tak dengar..

Bila dengar lagu ni mulalah  cerita lama-lama
atau kenangan tahun sebelum nie terutama paling segar tahun lepas la,
tahun SPM mula lah gegeh gegeh melompat-lompat nak keluar...

Sebenarnya lagu ni untuk mencari teman, tapi bila  Miss A dengar, muka muka kawan kawan Miss A  terlambai lambai dalam kotak fikiran ni..

Tak sangup Miss A nak sambung ayat, sebab air mata ni dah berenang renang dalam kelopak mata...

Ayat Miss A dah mula merapu... Sorry for that..

Dulu sekolah itu yang aku tak sanggup pergi,
tapi kini aku perginya hari-hari,

Dulu aku ada rasa benci,
kini aku ada perasaan rindu...

Dulu aku tak punya perasaan,
hari ini aku menangis kerinduan..

Dulu aku tercari cari kawan,
rupanya sudah ada dihadapan,

Sejujurnya dekat tiga puluh minit jugak la terhenti tulis sebab duk layan nanges naseb baek la tak terapung taman Miss A ni dengan air mata...

dalam banyak banyak  kawan yang Miss A rindukan sangat iaitu  Liya Ana.


ini lah yang Miss A message kat Liya Ana, harap harap dia baca lah...

Liyana, kalau ang nak rasa feel aku tulis surat ni ang dengar la lagu SEBUAH PERTEMUAN-UNIC....


Aku tak tahu kenapa aku terlalu rindukan ang, aku rasa nak peluk ang sangat sangat.. Masa kat PRINT dan masa aku peluk ang dan aku tak sangka aku boleh menanges.. Dan dalam banyak banyak kawan, aku rasa aku terlalu rindukan ang, tapi kenapa aku rasa terlalu jauh dengan ang??, aku terpaksa bagitau sebab aku tak sanggup simpan perasaan rindu kat ang.. Percaya atau tak, salah satu sebab  aku nk g mesir adalah sebab ang, aku rasa tak nak jauh dengan ang... Dan buat kali terakhir aku pergi rumah ang, walaupun sekejap aku rasa puas hati sebab dapat bersama dengan ang saja... dan aku nak bagitau kat ang, yang aku betul betul tengah menangis.. Liyana, kalau selama ini aku memang ada salah dengan ang aku minta maaf dekat ang ya... Aku tak tahu macam mana lagi nk bagitau kat ang, yang aku rindu ang  sangat... Walaupun kita tak dah lah sebelum ni rapat, tapi antara kawan yang paling lama aku kenal antaranya adalah ang, dah 11 tahun aku bersekolah dengan ang, dengan ang musuh pun pernah, kawan pun pernah... dan satu sahaja yang aku harapkan, ang sayang dan rindukan aku gak.."


"Liyana, mungkin masa sekolah aku kabur menilai kawan yang aku sayang tapi apabila dipisahkan, dan apabila perasaan rindu hadir, akhirnya aku tahu ang la yg selama ini sahabat yang aku sayang dan bukan maksud aku tak sayang yg lain cuma terlebih rasa sayang tu kat ang.. Tak sanggup aku terima hakikat yang kita ni sudah dipisahkan oleh masa dan hanya menjadi nostalgia.. Liyana, aku tak rasa malu untuk aku mengaku yang aku rindu dekat ang, walaupun ang mungkin sayang kawan yg lain, tapi aku akan tetap sayangkan ang Liyana.. Walaupun ini hanya tulisan, tapi ia boleh jadi bukti diakhirat yang aku sayang ang kerana Allah.. Aku sebenarnya tak sanggup nak bagitau sebab aku takut, aku takut ia akan hilang macam tu sahaja seperti sahabat lain yang pernah aku sayang...
Mungkin aku terlalu sayangkan mereka, kini aku sudah mula membenci...
dan ang pulak mungkin dulu terlalu aku bencikan ang, dan sekarang, aku terlalu sayangkan ang..."



Surat yang ikhlas dari hati...

Tak sangka dalam banyak banyak kawan, Allah campakkan rasa rindu
itu pada seorang insan yang bergelar sahabat dan sahabat itu adalah Nurul Liyana....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

DASAR PENCURI

okayy dah dua minggu atau masa jadi budak sekolah
dulu guna perkataan ' a fortnight' <== ayat paling femes time skolah endah dulu.. 
dah dua minggu Miss A terpaksa berpisah lah dengan my haapy..
handphone dah hilang lesap dan sudah tidak wujud lagi..

Perasaan time tu, tak usah ditanya lagi kerana sudah pastilah sedih,
 kurang happy, atau senang cakap tidak ada perasaan gumbira..

okayy la, nak jadi cerita yang menyakitkan hati dan jantung,
Miss A pun pergi lah kedai topup yang paling femes dekat taman Miss A <== femes sebab memang satu satunya kedai topup yg ada,
dan uncle yg jual topup tu confirm la kenal dengan Miss A,
mana taknya muka ni ja duk mai kedai dia dan uncle ni memang dah taw HP miss A hilang jadi tercipta lah perbualan :

Uncle: u rasa siapa yg curi HP u? laki ka pompuan?
Miss A: tak tau la uncle, kalau saya taw, tak hilang nmanya..

Uncle: orang yg curi HP u dtang kdai ni, dan dia suruh uncle delete semua dalam memory u..
Miss A: * mata membulat mcm bola golf* yaka uncle? uncle kenal dia?

Uncle: sy tak kenal tapi itu orang selalu datang kedai ini mai topup. U mau tengok folder dlm memory u ka? uncle ada simpan..

Uncle pun tunjuk la semua folder yg ada, memang sah sah la pic Miss A yg tersepah sepah dalam memory tu <== semua muka budjet comel..
rasa sakit hati yang meluap luap kalah gunung berapi time tu..

Miss A: uncle bgitau la kt saya, sapa dia sebab sy mau ambik balik HP saya.
saya banyak susah la bila tak da HP ni uncle <== sambil buat muka kasihan..

Uncle: saya tak ada kenal dia, tapi saya tanya dia, ini HP curi ka?
dia kata bukan, ini HP sepupu dia, sepupu dia yang suruh datang check problem HP ni.. 

Miss A: sepupu? what? bila masa pulak saya berSEPUPU dengan pencuri ni, tak tau la....

Uncle: *gelak*

Miss A: kasi la clue clue kat sy.. tak kesian ka kt saya..

Uncle: yala yalah, muka kamu byak  buat orang kasihan la..

Jdi ini lah Clue nya..

1) PEREMPUAN
2) BERCERMIN MATA
3) KURUS DAN TINGGI
4) DAH BERKHAWIN
5) SUAMI DIA GELAP DAN GEMUK

** kurang cerdik pencuri ni sebab pergi kedai yang satu geng dengan Miss A dan dah la mengaku pula sepupu,
tak danya sepupu Miss A duk satu taman, kalau ya pun tak mau orang label pencuri pergi la delete
 memory tu kt kedai lain atau padam je lah sendiri..**

Miss A lebih redha HP tu pecah berkecai jadi debu dari orang ambik dan Miss A Tak redha langsung HP tu jadi milik org lain.

dan khas buat makcik SI  pencuri ni, tak ada rasa belas kasihan ke? mana belas kasihan yg fitrah buat wanita??.....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 March 2012

SUSAH DAN SENANG

Salam buat semua... 
sekali baca entry macam biasa ja dengar dan selalu dengar


" ala, susah la nak buat benda ni"



"ek eleh awak ni, senang ja pun buat benda ni"

Miss A pun penah lalui macam korang yang chomel jugak iaitu kehidupan yang susah dan senang...
 Sapa pun tak boleh lah nak lari ke or merentas desa ke daripada menempuh "susah".. 
Cuma macam mana kita nak terjun keluar dari susah dan kawan dengan 
senang samada kekal atau sementara...

so Miss A tak Mau cakap byak byak sebab idea ni tak nak keluar melimpah la pulak macam selalu..

Jadi meh kita semua usha jap SUSAH DAN SENANG NI

perkara yang SENANG sangat tapi SUSAH dibuat adalah BERZIKIR

perkara yang SUSAH dan berat iaitu PEGANG AMANAH

SUSAH nak masuk syurga SENANG nak masuk neraka

SUSAH dahulu SENANG kemudian

SUSAH atau malas nak baca ENTRY ni tapi SENANG ja kalau nak LIKE..

okayyy.. thanks comel...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

04 March 2012

SELEPAS GURUH KESEDIHAN

 
Alhamdulilah selepas sesuatu yang berlaku, 
ada kejutan buat Miss A..

Walaupun Miss A ni tengah tunggu result SPMsambil adalah buat something dan Miss A boleh la dikatakan selalu juga lah datang Menyinggah kat sekolah dulu untuk tolong Cikgu <== rajin tak??

Okaayy sudha perasan!! Miss A pun tetiba dapat lah tawaran bersama kengkawan yang lain tuk jadi guru ganti untuk seminggu sebelum cuti sekolah ni sebab ada la empat orang cikgu yg laen nk pergi umrah..

tengah duk berangan la jadi cikgu

Waaah, keluarlah peribahasa yg menunjukkan
 rezeki datang tetiba..
 Instant punya cikgu la Miss A nie, dah lah xpyah guna apa apa  sijil lepas tu interview pun tak payah..

Nak buat macam rezeki EX-student kat situ.. So kalau tanya pasal perasaan ni kann, 
memang x usah kata apa apa sebab memang senyum dari pagi sampai esok pagi la jawabnya..
dan saja la nk gegeh plus plus nak la mention 
* Sekolah menengah dan ada gak la masuk kelas budak paling senior kat sana*..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

27 February 2012

Jatuh ditimpa tangga

Salam buat semua...
hari ni hari yang menyedihkan...

JATUH DITIMPA TANGGA SEKALI DENGAN ANAK TANGGA..

firstly Miss A bagi Mr. A pinjam my card reader,
then my card reader rosak pulak,
Miss A pun pinjam lah HP rumah depan sebab miss A
ada USB sony ericson ja...
 coz HP miss A tak da USB, sebab tak tau g mna my USB...

tengah tengah bluetoot dengan HP rumah sebelah,
Ya Allah, HP dia ttibe blank pulak dah...

Miss A nk kena ganti pulak, 
dah la kena RM ** 

Aduhai, kannn dah kena ganti pulak satu hal, 
Miss A pun pergi la beli baru kad reader laen....
tengah on the way balik rumah, 
jumpa mr. A dan Miss A un nak bagitau kat dia 
yang miss A dah beli baru, 
besalah tengah gadoh, so dia pun buat tak tau ja,
 dia terus jalan ja
miss A pun hantar mesej kat dia kata dah beli,

Dia balik rumah dia terus marah miss A sebab dia pun pergi beli jugak kat kedai yang sama...

dan sekrang memang dua dua tengah angin sesama sendiri...

dan petang yang penuh serabut,
Handphone Miss A pulak hilang....

tak tau punca hilang, sebab kalau tahu punca sah sah la bukan namanya kehilangan....
 
memang tak tidur la cita dia, serabut sangat sangat...
memang mengharapkan Allah memudahkan segalanya......



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

23 February 2012

Kumbang dan Bunga

 
Orang selalu kata..
bunga bukan sekuntum,
kumbang bukannya seekor.

tapi zaman sekarang,
banyak bunga yang dah layu,
banyak pula kumbang perosak,
aduh! bagaimana bunga yang solehah dilindung,
aduh! bagaima kumbang yang soleh dibendung.

bunga yang terbaik selalu ditempat tinggi,
hanya kumbang yang berani,
akan terbang tinggi,
untuk mendapatkan si puteri.

kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah dipijak,
kumbang yang terbaik selalu bijak,
kerana tak akan memilih bunga yang sudah rosak.


Seharusnya kita memelihara diri sendiri,
Janji Tuhan pasti terbukti,
yang terbaik pasti datang kemari,
jangan risau wahai putera puteri..

Marilah berdoa agar kita terpelihara,
dari anasir yang berbisa,
yang boleh menodakan maruah kita,
yang boleh menjatuhkan air muka keluarga.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

22 February 2012

aku tak sangka

 
 
Aku tak sangka...
kerana aku sudah jatuh cinta..
dan paling membuatkan ku tak sangka..
aku sudah jatuh cinta..

Sedangkan kita hanya teman..
sejak dari dulu zaman..
Namun bilakah dan bagaimana hadir perasaan..

Aku tak sangka...
kerana aku sudah jatuh cinta..
dan paling membuatkan ku tak sangka..
aku sudah jatuh cinta..

Sedangkan kita tak pernah cerita perasaan cinta,
dan masing-masing ceritakan pasangan kita
terutamanya kau yang sangat bahagia...
tetapi mengapa aku seorang punya rasa cinta?

Aku fikir kau baik dengan ku...
rupanya kau memang baik dengan kaumku...
dan kau lagi mesra dengan pasanganmu
dan aku tidak cemburu malah aku makin rindu..

Aku tak sangka mengapa aku cinta
orang yang tak punya rasa cinta
dan paling ku tak sangka
mengapa engkau yang ku cinta

Aku malu kerana ku pernah mengaku sayangku..
sedangkan kau hanya ketawa padaku
aku malu kerana ku pernah mengaku kerinduanku..
malah kau persendakan ku..

Sedangkan kau pernah mengaku
dahulu kau juga pernah ada perasaan itu
tetapi sekarang sudah tiada itu
dan aku semakin malu
malu kerana di reject sebegitu.

Kini aku hanya mahukan satu
iaitu aku ingin melupakanmu..
ingin sekali aku melupakanmu
melupakan orang yang tak hargai perasaanku...

Dan aku berazam lagi..
tidak akan aku jatuh cinta lagi..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

18 January 2012

IMY Sahabat =)


Hari nieee Miss A nak berpuitis secara spontan..
sebab hari ni miss A rasa sayu sangat...








Seandainya aku menyusun seribu puitis rindu 
Seandainya aku tafsir erti rindu 
Seandainya aku cari maksud rindu 
Seandainya aku katakan rindu

Adakah kau tahu erti RINDU aku padamu wahai sahabatku....

Aku mencari kesana kemari untuk ku cari idea
bagaimana hendak aku luahkan perkataan rindu
yang serupa dengan perasan ku.

Aku tercari cari perumpamaan yang indah yang dapat 
menafsirkan maksud RINDU.

Aku Hanya lakukan ini kerana Akuu ingin kau tahu aku merindui kamu wahai sahabatku.

Mungkin kau bukan sahabat pertama
mugkin juga kau bukan sahabat terakhir
percayalah, bahawa kau pernah menjadi sahabatku.

Seandainya dihadapan ada seribu kawan,
aku pasti akan kembali untuk sahabat yang satu..

Rindu ku tak sanggup ku samakan dengan apa pun
kerana sama sekali tidak sama.

bila kita dipertemukan perasaan sayang hadir
bila kita dipisahkan perasaan rindu yang menjelma.

Tiada siapa yang inginkan perpisahan 
namun kita harus harunginya kerana 
kita sudah dipertemukan.........

Wahai sahabat atau pelangi ana =)

I MISS YOU DEAR..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 January 2012

APA DAH NAK JADI


curik dari  LyssaSecret


Adess!!! kenapa la Miss A duk letak
 pic  Loving Couple mcm niehhhh????


Aduiyaa!!! 
ada orang jatuh cinta kaa??? <= bukan Miss A laa


Meh la Miss A nk 
straight to the point <= tudiaaa omputeh daa


Miss A ada LIKE satu page nieeh...


Cakap Jangan Ikut Sedap Tekak Jer der~ 


Page ni mmg mgUpdate cukup pantas laaa gitu...


Miss A bukan nk cita pasal page ni, 
tapi nk sembang la dengan comel
pasal isu yang dalam tuhhhh...


contohnya lah erk


Wanita dirogol ketika pertama kali jumpa kekasih


Issshhh dunia sekrang nieeehh, Ni la antara tanda hari kiamat daa dekat 
" Zina berleluasa" <=  fakta!!


Kalau cakap pasal agama senang ja HARAM.
semua tau kut zina Haram..


" dan janganlah kamu menghampiri zina"




so ape yang hampiri zina???


comel mesti tau kan ??? 
kalau comel tak tau atau konfuised
bley la tanya dekat Ustaz Azhar Idrus ( Original)




DAN yg buatkan Miss A nak tergelak baca status sowang niee la..


" kalau ditanya pada lelaki dan perempuan kenapa berzina? tak sayang ke kat pasangan?"
Lelaki : kalau sayang, saya takkan sentuh dia.

Perempuan: sebab sayang la saya sanggup bg apa saja.


Jawapan ni memang 
sangat BERBEZA kann? 
KALAU TAK PERCAYA boleh try tanya 
mana mana lelaki dan perempuan
yang dah berzina.


Malas nak berceloteh banyak-banyak...
Jum lah comel dan Miss A renung jap 
tapi jangan sampai duk tenung orang plak...


Mood


SYEDEH + TERKEJUT = DHUKA






















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 January 2012

APA DIJARI ITU


Acehhhh cehhh...

Haisssh comel betul la kamu nie, tau tak??
lagi comel kalau pakai cincin,
Haissshhh, pasai pa duk 
khena mghena pakai cincin nihhh <= speaking kdah plak!

Amboi comel, tengok la jap kat tangan tu, ada cincin tak??
cincin pa tu? kawen ke tunang ?
ke... Couple????

haaaaa... kantoi...








Meh, Miss A nk terus terang la...

sebenarnya ada sesetengah golongan terutamanya perempuan muslimah 
mereka memakai cincin untuk menjaga diri terutama peringkat menegah dan IPT.
termasuk la dengan Miss A.

golongan ini  adalah golongan 

ANTI COUPLE BEFORE NIKAH...





kenapa la Miss A kata lindung diri?? 
yoola.. kita kalau tengok orang pakai cincin tak kacau daun daah..
kalau niat kita nk kenal ngn dia la...

cincin ni kalau pergi pasar malam, pasar cerah, mahupun pasar raya
boleh jumpa la sebab bersepah sepah...
yang paling murah rm 3 yang Miss A jumpa la
yang paling mahal un, RM 30 je yg Miss A jumpa..

lagipun bagus la tu, sekurang kurang nya dah iktiar.
cuma jangan kita pula yang langkah kedepan nk kenal ngan orang.
iktiar pun kena  juga, yang paling 
penting doa pendinding dari panahan syaitan
dan kawalan diri ...

mood :

Shuka + shuka = SHUKA


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment